Friday, May 17, 2013

Sejarah Cili

Cerita sikit tentang cili

Cili (nama saintifik Capsicum spp.) ialah sejenis sayuran berbuah daripada famili Solanaceae. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa Sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak.
Nama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali.
Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.


Sila Like Fan Page kami utk dpt lebih infohttp://www.facebook.com/Sambalwarisanmelaka

Wednesday, May 15, 2013

Jom Makan

5 Kebaikan Makanan Pedas

Makanan pedas bukan saja cili semata-mata tapi macam2 bahan lagi yang boleh membawa kepada rasa pedas, antaranya lada, kunyit dan sebagainya. Namun disebalik kepedasan tersebut ada kebaikanya. Antara kebaiakn yang kita perolehi dari makanan pedas adalah:

1. Menurunkan berat badan 
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

2. Menyihatkan jantung 
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. Mencegah Kanser 
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Menurunkan Tekanan Darah 
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

5. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.


Mudah,Cepat,Lazat.

Monday, May 13, 2013

Resepi Tidak memastikan Masakan Sedap..


Saya nak bg tips sikit mengenai cara nak hancurkan biji cili kering. Kalau tidak, mau jenuh kita mem'blander' sampai naik serak bunyi mesin tu...
bagi memudahkan cili kering dikisar dan bijinya hancur, tambahkan sedikit minyak masak dan secubit garam bersama cili kering ke dalam pengisar. Kemudian, kisar seperti biasa, kalau nak luar biasa, terpulang pada anda! Lepas itu kita akan dapati bukan sahaja cili kering dikisar hancur tetapi juga menjadikannya lebih tahan lama. 

Selamat mencuba ya tuan2 dan puan sekalian...

Dapatkan tips2 menarik!



Sambal Warisan Melaka

Fakta diet


Menggemari pelbagai jenis rempah ratus seperti halia, cili api, cili merah, dan lada hitam kerana kesemuanya mendorong pembakaran lemak sehingga 25%. 



Jadi Sambal Warisan Melaka terpaksa membuat anda sihat dengan mengurangkan lemak badan anda!



Selamat menyihatkan Badan anda..