Friday, May 17, 2013

Sejarah Cili

Cerita sikit tentang cili

Cili (nama saintifik Capsicum spp.) ialah sejenis sayuran berbuah daripada famili Solanaceae. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa Sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak.
Nama Lada juga merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali.
Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.


Sila Like Fan Page kami utk dpt lebih infohttp://www.facebook.com/Sambalwarisanmelaka

1 comment: